Pembinaan landasan keretapi KK-Kudat: APS sependapat dengan ADUN Kiulu

0
167
Paul Kadau
KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS)  menyokong kenyataan Adun Kiulu Datuk Joniston Bangkuai yang mempertikai usaha kerajaan membina keretapi Kota Kinabalu (KK) ke Kudat dengan kos bernilai RM5.2 billion semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
Naib Presidennya Paul Kadau  berkata, APS amat setuju sekiranya projek tersebut ditangguh buat sementara waktu kerana perhubungan jalanraya Pan Borneo KK- Kudat kini dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi, katanya.
Ini kerana peruntukkan tersebut boleh digunakan untuk melaksanakan beberapa projek yang telah dijanjikan sebelum ini dan sedang dinanti nantikan oleh rakyat dikawasan luar bandar, katanya.
Paul menambah, bahawa APS tidak berhasrat untuk memihak kepada mana mana namun atas sifat sebagai NGO perlu bersuara untuk memberikan pandangan bagi memastikan dana kerajaan daripada pembayar cukai dibelanjakan mengikut keutamaan dan kesesuaiannya.
“ Kita melihat gesaan Adun Kiulu Datuk Joniston ada rasionalnya kerana ia tidak bermaksud untuk menidakkan hak kerajaan untuk melestarikan pembangunan disetiap kawasan diSabah tetapi harus mengambilkira keutamaannya…lebih lebih lagi peruntukkan RM5.2 billion adalah jumlah yang tinggi.
“ Adun Kiulu itu hanya mempertikai kenapa peruntukan bagi pembinaan keretapi KK-Kudat itu tidak digunakan untuk menaiktaraf jalan-jalan daif di kampung serta menyediakan kemudahan bekalan air bersih.
“ Sedangkan beberapa projek pembangunan yang lain seperti infrastruktur jalanraya dikawasan Pedalaman, bekalan air bersih dan loji penapis air diKemabong, pembinaan kedai pekan Melalap, pembinaan laluan baharu untuk mengatasi kesesakan waktu puncak diTenom semuanya telah tertangguh menunggu peruntukkan,” katanya dalam satu kenyataan disini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pembangunan
Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony ketika menjawab soalan yang dikemukakan Adun Kilu Datuk Joniston Bangkuai yang mempertikai usaha kerajaan membina laluan keritapi antara KK ke Kudat dengan kos sejumlah RM5.2 billion.
Selain itu, Paul turut bersetuju dengan cadangan kerajaan menambah baik landasan keritapi dengan menambah langkah keselamatan menggantikan ranjang (kayu selipar) dengan ranjang konkrit kerana kira kira 1,600 penumpang termasuk 700 pelajar sekolah menggunakan perkhidmatan itu setiap hari.-pr/BNN