Srikandi Sabah Sumbang Kerbau Korban

0
160
Azizah menyampsikan sumbangan kerbau korban kepada penerima di perkarangan Masjid Kerukan Beaufort.

KOTA KINABALU: Saban tahun tanggal 10 Zulhijah, umat Islam akan menyambut Aidiladha dan satu keistimewaan sambutan ini adalah ibadah korban dengan upacara menyembelih binatang ternakan yang sah dijadikan korban seperti unta, lembu, biri-biri, kambing atau kerbau

Ibadah korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatkan diri pada Allah S.W.T bermula pada hari Aidiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Sempena Hari Raya Aidiladha Srikandi Bersatu Malaysia telah mengadakan Program Korban dan Kenduri Rakyat serentak seluruh negara hari ini.

Sebanyak dua ekor kerbau korban telah disampaikan oleh Srikandi Bersatu Malaysia Negeri Sabah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Kerukan Beaufort hari ini.

Penyerahan sumbangan Korban dan Kenduri Rakyat diadakan di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang diwakili oleh Setiausaha Srikandi Bersatu Negeri Sabah, Dato’ Redonah Bahanda yang juga Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu kepada Pengerusi Masjid Bandaraya Datuk Haji Jamal Tun Sakaran.

Sementara itu, di Beaufort sumbangan lembu korban disampaikan oleh Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Menurut Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Jamal Tun Sakaran tahun ini sebanyak 8 ekor lembu dan seekor kerbau korban yang disumbang daripada pihak persendirian dan korporat serta parti politik untuk diagih-agihkan kepada yang kurang berkemampuan.

Hadir sama Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Sipitang, Datuk Surinam Hj. Sadikun, Aziah Atoh (Sepanggar), Fahzean Hj. Mohiddin (Papar), Salmah Sait (Putatan) dan Timbalan Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah, Halizah Din.-pr/BNN