Persekutuan Malaysia Adalah Pilihan Terbaik Sabah-Dr. Ronald

0
411
Dr. Ronald (empat dari kanan) menerima cenderamata daripada Pegawai Daerah Telupid, Encik Benedict Asmat di majlis itu.

BELURAN: Persekutuan Malaysia yang dibentuk bersama oleh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 adalah pilihan yang terbaik bagi Sabah, kata Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Katanya, pembentukan Malaysian telah membolehkan Sabah dan Sarawak ditadbir dan dibangunkan dalam semua aspek, termasuk mengenai soal keselamatan dan keamanan.

“Terbentuknya negara Malaysia yang kita cintai telah membolehkan rakyat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia hidup dalam suasana yang aman, damai, harmoni dan sejahtera”, katanya.

Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Telupid di Padang Majlis Daerah Telupid, hari ini.

Ronald berkata, pemimpin dari Sabah lantang menyeru dan menyuarakan mengenai kesama rataan sosio ekonomi dan pembangunan di negeri ini.

Antara kontinjen yang menyertai acara perbarisan.

“Ini adalah kerana kedudukan negeri Sabah yang masih tertinggal dari segi pembangunan dan jurang ketidak samarataan ini lebih ketara di kawasan luar bandar.”

“Kelantangan pemimpin Sabah menyuarakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63) adalah kerana fakta dan sejarah”, katanya.

Ronald berkata,  perpaduan dikalangan rakyat Malaysia perlu terus dipupuk dan dimantapkan melalui kepelbagaian etnik yang ada.

Dr. Ronald berucap di majlis itu.

Menurutnya, semangat tolerensi dan hormat menghormati diantara rakyat pelbagai kaum dan etnik akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan dan dihormati.

Katanya, di Sabah perpaduan lebih 30 kumpulan etnik yang begitu kerata harus dicontohi oleh semua.

“Sabah merupakan contoh terbaik perpaduan rakyat berbilang kaum dan etnik yang wajar dicontohi oleh negeri-negeri lain di negara ini”, katanya.

Beliau berkata, semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia berkobar dikalangan rakyat Malaysia di Sabah, walaupun berada di luar bandar.

“Semangat cintai Malaysia dirasai dengan penyertaan seramai 1,200 peserta melibatkan 33 kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara perarakan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat daerah Telupid”, tegasnya.-pr/BNN