MP BERSATU Sertai Pemukiman Ahli Parlimen PH/Warisan

0
116

KOTA KINABALU: AHLI Parlimen (MP) Sipitang, Haji Yamani Hafez Musa (tiga dari kanan) bersama MP Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tiga dari kiri) bersama MP Kerajaan yang lain telah menyertai Program Pemukiman Ahli-Ahli Parlimen, Senator, Menteri dan Timbalan Menteri Pakatan Harapan  (PH) dan Warisan  selama dua hari di The Saujaya Subang.

Program pemukiman Ahli Parlimen PH itu untuk persediaan menjelang Sidang Parlimen yang akan bermula Isnin ini.

Pemukiman yang biasa diadakan sebelum sesi Parlimen bermula itu, bertujuan membincang dan merangka mengenai rang undang-undang yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat termasuk Belanjawan 2020.-pr/BNN