Pemimpin BERSATU Sabah Bantu, jaga PDM Serkat Tanjung Piai

0
271
Hajiji (tengah) diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Japlin Haji Akim (kanan) semasa melawat PDM Serkat

JOHOR: Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Timbalannya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun telah melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Serkat Tanjung Piai, Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.

BERSATU Sabah telah ditugaskan menjaga PDM tersebut sepanjang kempen PRK Parlimen Tanjung Piai.

“Pemimpin BERSATU Sabah bersama-sama Srikandi dan Armada Bersatu kini berkampung di PDM Serkat bagi membantu kempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) (BERSATU) Encik Karmaine Sardini”, kata Hajiji.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas.-pr/BNN