Pendaftar PP di minta segerakan MAT PPN Sabah

0
257
Haji Abd Rahman Kasim
LAHAD DATU: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahad Datu meminta Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP) yang juga Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) agar menyegerakan Mesyuarat Agung Tahunan  (MAT) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah.

Pengerusinya,  Haji Abd Rahman Kasim berkata,  beliau bersama Pengerusi PPK Kinabalu, Datuk Jaimin Samitah telah menemui Ketua Pengarah LPP, Puan Azulita Salim pada 17 Oktober 2019 yang lalu berhubung MAT PPN.

“Kami telah memohon agar  MAT PPN Sabah dapat  dibuat segera”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Encik Mahjur Salleh, Ahli Jemaan Pengarah (AJP) PPK lantik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang kemudiannya menjadi Pengerusi PPK Kinabatangan, baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata, kita maklum bahawa isu mengadakan MAT PPN Sabah bukan terletak di tangan PPN atau LPP Negeri Sabah, tetapi terletak di bidang kuasa Pendaftar Pertubuhan Peladang (PP).

“Mesyuarat Agung  PPN Sabah pada 4 Oktober lalu ditangguhkan atas kehendak perwakilan yang hadir dalam mesyuarat tersebut atas beberapa perkara yang mereka (perwakilan) minta diselesaikan terlebih dahulu, kerana dalam semua peringkat PP ( PPK, PPN dan  Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS )), Mesyuarat Agung dan kuasa perwakilan adalah kuasa tertinggi.

“Tidak ada sesiapa pun individu atau perseorangan yang boleh membuat sebarang keputusan melainkan kuasa perwakilan. Begitulah perjalanan dalam MAT PP sebagai panduan kepada mereka yang baru memimpin PP.

“Justeru saya meminta Pendaftar PP agar  menyegerakan perkara ini demi kepentingan ahli-ahli peladang”, tegas Abd Rahman.-pr/BNN