KOTA KINABALU: Sabah selaku negeri utama pengeluar biji koko negara, mengeksportsejumlah RM16.16 juta koko dan produk-produk koko pada tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor

Katanya, daripada jumlah tersebut, nilai eksport coklat adalah sebanyak RM7.72 juta
atau 10.6%.

Beliau berkata, tahun lalu Sabah menyumbang 59% daripada jumlah pengeluaran biji koko negara, iaitu sebanyak 540 tan metrik dan menyumbang kepada 57% atau kira- kira 3,444 hektar daripada keluasan tanaman koko negara seluas 6,000 hektar.

“Sehingga hari ini Sabah masih menjadi penyumbang utama bagi industri koko di
seluruh negara sama ada dari segi keluasan mahu pun pengeluaran biji koko mentah
yang bermutu”.
“Sebanyak lima daerah menjadi kawasan penanaman koko yang aktif di Sabah iaitu
Ranau, Kota Marudu, Tenom, Kota Belud dan Tambunan”, katanya ketika merasmikan
Pesta Koko Sabah 2022 di Imago Shopping Mall, hari ini.

Hajiji optimis, sejajar dengan pemulihan ekonomi, kegiatan hiliran koko dijangka akan
terus berkembang dengan peningkatan nilai produk separa proses koko dan produk
akhir koko.

Justeru katanya, usaha-usaha berterusan perlu dilakukan oleh pihak berkaitan
khususnya Lembaga Koko Malaysia (LKM) sebagai peneraju utama koko Malaysia,
untuk memastikan perkembangan berterusan koko sebagai tanaman komoditi ketiga
terbesar di negara ini.

Menurutnya, pelbagai strategi telah dirangka bagi memastikan industri koko berupaya
kekal sebagai satu aktiviti ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan, seterusnya
menyumbang kepada pendapatan negara.

Beliau berkata, sejajar dengan halatuju strategi jangka panjang bagi meningkatkan
sumbangan terhadap ekonomi dan pendapatan negara, strategi untuk meningkatkan
penggunaan koko tempatan menerusi pelbagai medium promosi akan terus
dilaksanakan serta dipergiatkan.

 

“Saya difahamkan pengeluaran biji koko di Sabah telah menyumbang kepada
permintaan biji koko premium yang diperlukan oleh pengusaha coklat Bean-to-Bar
(proses biji koko kering hingga produk coklat), pengusaha coklat Single Origin (coklat
yang dihasilkan dari biji koko yang hanya dari satu lokasi) dan Artisanal Chocolate

Pengusaha terbabit mengeluarkan coklat premium untuk pasaran niche (pasaran untuk
permintaan consumer yang spesifik/berkualiti tinggi) yang mana walaupun jumlah yang
kecil tetapi harga atau nilai produk adalah tinggi”.

“Ini bermakna produk hiliran koko amat memberi impak besar kepada ekonomi negeri
jika ia terus dipelbagaikan. Saya dimaklumkan industri hiliran di Sabah kini terdiri
daripada lima syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko atau makanan berasaskan
koko serta 32 usahawan coklat tempatan”.

“Pada tahun 2021, nilai jualan usahawan coklat di Sabah berjumlah RM137,487. Saya
berharap usaha ini akan digandakan lagi supaya lebih ramai pengusaha produk hiliran
koko diwujudkan di Sabah”, katanya.

Hajiji berharap LKM akan terus berusaha mempromosikan produk industri hiliran koko
yang dihasilkan usahawan di Sabah, agar dikenali di seluruh negara sekaligus dapat
menandingi coklat keluaran antarabangsa.

Beliau juga berharap pengusaha koko dan coklat di Sabah akan terus meningkatkan
pengeluaran dan mengeluarkan lebih banyak varieti produk berasaskan koko yang unik
dan bercirikan bahan mentah daripada Sabah dan imej Sabah.

“Produk-produk ini boleh dijadikan produk pelancongan tambahan kepada negeri Sabah
seperti coklat berintikan Sabah Tea, coklat berintikan Madu Kelulut dan coklat single
origin Kota Marudu. Selain produk-produk coklat dipakejkan menggunakan produk
tradisi dan imej ikon Sabah”, katanya.-pr/BNN