KOTA KINABALU: Dakwaan Ahli Dewan Undangan Tanjung Aru Datuk Junz Wong mengenai kewujudan perjanjian air RM1.5 bilion adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat untuk
mengelirukan rakyat.

Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan Ahli Dewan Undangan N.68 Apas merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata Junz Wong ‘menyalak’ tentang projek yang tidak wujud. Dia hanya menuduh tanpa
asas, dan kenyataannya adalah fitnah dengan niat jahat.

Projek ini baharu di peringkat cadangan, tanpa komitmen atau kelulusan dari Kerajaan
Negeri. Surat Niat (LoI) hanya dikeluarkan untuk kajian, bukan untuk menganugerahkan sebarang kontrak. Hakikatnya, syarikat yang terlibat belum lagi menyelesaikan kajian mereka, dan tiada keputusan akhir yang dibuat, katanya.

Surat niat untuk kajian tersebut adalah dibiayai oleh syarikat sendiri dan tidak melibatkan dana awam.

Begitu juga, potensi pembiayaan daripada Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) ini hanya satu kemungkinan jika cadangan tersebut diluluskan, Setakat ini, lantikkan SCC sebagai pemberi pembiayaan Inisiatif Pembiayaan Persendirian atau Private Finance Initiative (PFI) belum dibuat kerana projek ini perlu diluluskan oleh kerajaan terlebih dahulu, tegas nya.

“Junz Wong membuat tuduhan palsu dan sekali lagi merosakkan kredibilitinya sendiri.
Beliau seharusnya mendedahkan “dokumen kukuh” yang dikatakannya telah diperolehi dan mengesahkan kesahihannya dan bukan membuat sebarang kenyataan dengan niat jahat untuk mengelirukan rakyat.”

Tindakan tegas akan diambil. Junz Wong harus bertanggungjawab atas kenyataannya yang palsu, tidak berasas dan berniat jahat, katanya.-pr/BNN