KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan replika cek sebanyak RM1 juta daripada Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, Datuk Arsad Bistari kepada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah di Pejabat Ketua Menteri, Bangunan DUN Sabah, di sini pada Isnin.
Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan sebanyak RM300,000 daripada Sabah Softwoods Berhad kepada Majlis Sukan Negeri Sabah (Sabah Sport Council).
Yang turut hadir Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Softwoods Berhad, Datuk Haji Mohd Daud Tampokong.-pr/BNN





