KOTA KINABALU: Kali ini, giliran Tasty Wok Venetian Club pula menyediakan pelbagai hidangan istimewa untuk dinilai sempena The Signature Food Fest Edisi Ke-5, menerusi sesi food tasting yang mengetengahkan tema dim sum dan masakan Cina.

Acara tersebut menjadi platform bagi restoran berkenaan mempersembahkan kepakaran kulinari mereka melalui pelbagai sajian premium, sambil bersaing dalam beberapa kategori anugerah utama termasuk The Best Signature Menu, Best Plate Presentation, Best Dining Experience, Best Customer Service, Excellence in Chinese Culinary, Excellence in Western Culinary, Excellence in Native Sabahan Culinary, serta TSFF Lifetime Achievement Award.

Dalam sesi penilaian tersebut, Tasty Wok Venetian Club menyajikan pelbagai pilihan menu Hong Kong Dim Sum seperti Signature Siumai, Wukok, Prawn Siumai, Shrimp Dumpling, Golden Lava Bun, Portuguese Tart, Chicken Char Siu Pastry, Crispy Salad Prawn, dan Stir Fried Radish Cake in XO Sauce.

Turut melengkapkan pengalaman menjamu selera ialah pilihan hidangan ala carte seperti Upper Palace Fried Rice, Hokkien Mee, Mongolian Chicken, Assam Nyonya Seafood Claypot, Salted Egg Pumpkin, Ceylon Spinach with Century Egg, serta Teo Chew Pan-Fried Oyster Pancake.

Penyertaan Tasty Wok Venetian Club dalam festival ini mencerminkan komitmen mereka dalam mengekalkan standard masakan berkualiti tinggi, sekali gus menyokong usaha memperkukuh industri gastronomi Sabah ke tahap lebih membanggakan.-BNN