KOTA KINABALU: Le Méridien Kota Kinabalu memeriahkan musim perayaan kali ini menerusi pelbagai sajian makan malam Krismas dan Tahun Baharu, parti ambang tahun baharu di aras bumbung (rooftop), hidangan panggang bawa pulang serta manisan, di samping inisiatif komuniti bagi menunaikan impian Krismas penghuni Bukit Harapan.

Di Latest Recipe, bufet makan malam hujung minggu The Grand Feast disajikan pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam, kecuali pada Hari Krismas yang digantikan dengan bufet perayaan istimewa.

Bufet biasa berharga RM168 bagi setiap dewasa, manakala kadar untuk kanak-kanak, warga emas dan berkumpulan turut disediakan.

Bufet makan malam perayaan istimewa akan diadakan pada 24, 25 dan 31 Disember.

Antara hidangan bermusim yang menanti tetamu termasuk beef Wellington, spiced prime rib, kaki ketam raja (king crab legs), paella makanan laut, hinava Sabah dan kambing panggang seekor (whole roast lamb).

Kadar tempahan awal (early-bird) dewasa ialah RM158 seorang. Kadar dewasa biasa ialah RM178 untuk Malam Krismas dan Hari Krismas, manakala RM188 untuk Malam Tahun Baharu. Kadar kanak-kanak pula ialah RM86.

Bagi suasana makan malam yang lebih eksklusif, Favola menawarkan set makan malam Itali untuk dua orang pada tiga tarikh yang sama, dari jam 6.30 malam hingga 10.30 malam, pada harga RM350.

Menu Krismas merangkumi rainbow trout gravlax, sup labu bersama ketam, turkey Wellington dan sirloin Wagyu panggang. Menu Malam Tahun Baharu pula menampilkan ceviche udang raja Sabah, ikan bakar ketuhar dan pipi lembu Wagyu panggang perlahan.

Sambutan Ambang Tahun Baharu di Rooftop @ Le Méridien pula akan bermula pada jam 9.00 malam, 31 Disember dengan harga tiket RM150 seorang, merangkumi dua minuman premium.

Tetamu juga boleh membawa kemeriahan perayaan pulang ke rumah menerusi hidangan panggang bawa pulang Christmas Wrapped, yang tersedia dari 18 hingga 31 Disember.

Pilihannya termasuk ayam panggang seekor bermula dari RM148, paha kambing panggang pada harga RM399 dan ribeye lembu panggang pada harga RM425.

Setiap hidangan sesuai untuk enam hingga lapan orang dan disertakan dengan hidangan sampingan bermusim. Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya sehari lebih awal.

Rangkaian Sweet Enchantment merangkumi kek Yule log, kek buah, Dresden stollen, panettone, kotak biskut dan Santa Bomboloni berinti, dengan harga bermula RM30.

Selain sajian makan malam, Christmas Wish Project hotel ini menjemput orang ramai untuk memilih satu permintaan daripada penghuni Bukit Harapan dan membeli hadiah yang diminta. Inisiatif ini berlangsung sehingga 18 Disember.

Untuk tempahan meja, tiket hitung detik dan pertanyaan perayaan, hubungi +60 88 322 227 atau +60 19 897 2258, atau e-mel ke festive.lmkk@lemeridien.com. Untuk tempahan hidangan panggang bawa pulang dan manisan, hubungi +60 13 860 2327.-BNN