KOTA KINABALU:Tuduhan yang mengatakan saya telah meluluskan Permohonan Tanah Syarikat Corak Nahkoda Sdn Bhd milik Tan Sri Musa Aman adalah fitnah dan berniat jahat.
Baru-baru ini, Tan Sri Musa telah dituduh memohon tanah seluas 20,000 ekar d kawasan Tongod Regional Study pada tahun 1997, kononnya menggunakan syarikat milik beliau iaitu Corak Nahkoda Sdn Bhd di bawah PT 97092350.
Syarikat tersebut didakwa mempunyai tiga Pengarah Syarikat iaitu Datuk Ajit Galun, Mohamad Sari bin Anuar Tan dan Tan Sri Musa.
Syarikat yang memohon tanah terbabit bukan milik Tan Sri Musa, sebaliknya dimiliki tiga Dewan Perniagaan iaitu Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah yang dwakili oleh Tan Sri Musa sebagai Pengerusi; Dewan Perniagaan KDM yang diwakili oleh Datuk Ajit Galun; dan Dewan Perniagaan Cina Sabah yang diwakili oleh Datuk Mohamad Sari Tan bin Anuar.
Oleh itu, tuduhan mendakwa syarikat tersebut milik Tan Sri Musa tidak lebih daripada fitnah semata-mata.
Saya pula dituduh meluluskan tanah kepada syarikat Corak Nahkoda Sdn Bhd seluas 20,000 ekar yang kononnya milik Tan Sri Musa.
Untuk makluman, Pengarah Tanah dan Ukur tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan seluas 20,000 ekar tanah. Sebaliknya, kuasa sedemikian adalah hak Kabinet Negeri Sabah.
Surat yang saya tandatangani bukan kelulusan tetapi merupakan arahan pentadbiran memproses permohonan tanah yang lazimnya ditujukan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah di daerah yang berkaitan.
Permohonan tanah berkenaan telah diluluskan oleh kerajaan negeri menerusi Kabinet Negeri kepada syarikat tersebut manakala geran tanah turut dikeluarkan dan didaftar.
Kawasan tersebut telah diukur oleh Jurukur Berlesen yang dilantik oleh syarinat berkenaan. Mengikut pengesahan hasil ukur oleh Jurukur Berlesen, semua kawasan hak Tanah Adat penduduk kampung di kawasan berkenaan telah pun dikeluarkan dari kawasan syarikat Corak Nahkoda Sdn Bhd.
Tan Sri Musa bukan marah atau cemburu kerana DSP Shafie Apdal sangat rajin mengeluarkan Geran kepada penduduk kampung. Apa yang dibangkitkan Tan Sri Musa dan pihak pembangkang adalah teguran kerana DSP Shafie mengaku dan mengelirukan rakyat bahawa semua itu adalah hasil usaha Kerajaan Warisan.
Kerajaan Warisan sekali lagi berbohong dan mengaku kononnya merekalah yang prihatin terhadap nasib penduduk kampung dalam menyegerakan pengeluaran geran kepada mereka dalam masa 2 tahun dan menuduh Kerajaan BN yang memerintah selama 23 tahun gagal menangani isu geran.
Hakikatnya, geran yang diberi oleh DSP Shafie adalah LEGASI kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Musa melalui kaedah Pemberimilikan Tanah Terancang ‘ Fast Track ‘ untuk pengeluaran Geran Komunal, d bawah pindaan Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah pada tahun 2009.
Kerajaan BN melalui penubuhan PANTAS pada tahun 2011 telah juga mengeluarkan hakmilik Tanah Adat kapada penduduk Kampung dan dalam masa yang sama telah juga menjalankan pengukuran ‘ sub division ‘ Geran Komunal d bawah seksyen 77 Ordinan Tanah bagi setiap ‘ Benifisiari ‘ yang telah memileh untuk membangun sendiri lot mereka. Perbelanjaan untuk kos pengukuran dan pengurusan PANTAS telah d biayai melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan
Oleh itu adalah wajar bagi Tan Sri Musa menegur Shafie yang mendakwa semua geran yang disampaikan kepada orang kampung adalah hasil usaha mereka.-
Datuk Osman Jamal,
ADUN Balung.
KOTA KINABALU
September 3, 2020.