KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkuat kuasa 1 Januari 2021, menerima watikah pelantikannya hari ini.
Watikah itu telah diserahkan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri.
Selain Hajiji, seorang lagi Pro Canselor UMS ialah Tan Sri Azman Hashim.
Turut hadir pada majlis penyerahan watikah itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) UMS, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan pengurusan kanan universiti.-pr/BNN






