KOTA KINABALU; Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd turut sama menjalankan tanggungjawab sosial korporat menyumbang RM5,000.00 kepada Tabung Krmanusiaan Palestin yang dikelolakan Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah atau Perkis di Dewan Kinabalu, SICC.

Pengerusinya Datuk Japlin Akim telah menyerahkan cek replika RM5,000.00 kepada Menteri Tugas Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu majlis penyerahan kelmarin.

Hadir sama Presiden Perkis Datuk Seri Lajim Ukin.-pr/BNN

Sumbangan….Japlin Akim sumbang cek replika RM5,000.00 kepada Arifin Arif sambil diperhatikan oleh Lajim Ukin