KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, bersongkok) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemilik Kapal Nelayan Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Fishing Boat’s Owner Association (KKFBOA)) diketua oleh Pengerusinya, Encik Simon Hong (duduk, kanan) di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Kunjungan itu bertujuan menyerahkan memorandum berhubung pelbagai masalah yang dihadapi oleh para pengusaha kapal ikan di kawasan Kota Kinabalu.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri memberi jaminan akan mengambil tindakan susulan mengenai masalah-masalah yang dibangkit dan dihadapi oleh anggota persatuan itu.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Encik Ahmad Awang Hashim (duduk, 2 dari kiri) dan Timbalan Pengarah (II) Jabatan Perikanan Sabah, Encik Azhar Kassim (duduk, dua dari kanan).-pr/BNN