KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata beliau mengutuk sebarang
kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai terutama penyokong mana-mana parti agar
tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini.

Hajiji mengulas mengenai insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi tadi, yang
mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan
Demokratik Masyarakat (PKDM) ditolak.

Beliau menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan.-pr/BNN