KOTA KINABALU: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.21 Luyang, Gee Tian Siong, baru-baru ini telah membuat kunjungan ke Jabatan Air di Kota Kinabalu untuk memahami dan melihat sendiri mengenai aduan orang ramai mengenai jalan rosak disebabkan aktiviti mengambil air oleh lori tangki jabatan air.
Penduduk Taman Milek mengadu akibat daripada aktivti pengambilan air, menyebabkan jalanraya dikawasan tersebut mengalami kesesakan lalu lintas dan keadaan jalanraya rosak teruk.
Semasa lawatan tersebut Gee turut menyaksikan beberapa kemalangan nyaris, hal ini disebabkan Kawasan jalannya yang sempit menyukarkan lagi pergerakan keluar masuk lori-lori tangki.
Hasil daripada perbincangan dengan pegawai Jurutera jabatan air yang ditemui Encik Doddy. Menjelaskan aktiviti mengisi air oleh Lori-lori tersebut bertujuan untuk dihantar ke Taman Perindustrian Sepanggar yang kini sedang menghadapi masalah kekurangan air.
“Sebelum ini pihak Jabatan Air menyediakan tempat khas untuk pengambilan air di area Sepanggar. Namun jabatan telah menutup tempat pengambilan tersebut disebabkan oleh beberapa masalah seperti kecurian air dan masalah teknikal”. Jelas Doddy
Gee bercadang untuk menulis surat kepada Jabatan Air, mencadangkan pembukaan paip pengambilan air bagi lori-lori jabatan di satu tempat yang lebih strategik.
Beliau berharap agar cadangan ini dapat diterima dan dipertimbangkan, kerana tidak ada sebab untuk kita memperbaiki kawasan jalanraya yang rosak jika tempat mengambil air masih lagi ditempat yang sama, tegas Gee.-pr/BNN