KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada 2 orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara
Kinabalu pada Isnin.
Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, Encik V.Sivakumar. Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir.Ahmad Redza Ghulam Rasool.
Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.
Sementara itu, Encik V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Encik Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Haji Amran Haji Ahmad.
Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama 5 orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat
Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen bebas, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Encik Riduan Rubin Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Encik Lo Su Fui (Tawau). -pr/BNN