Yahya serah surat tawaran pampasan tanah projek lebuhraya Pan Borneo

0
Yahya, Ir.Edward Yong, Safar (lima dari kanan), Ir.Shahelmey (empat dari kanan) bersama sebahagian pemilik tanah yang menerima surat tawaran pampasan.-Pix LSK
Yahya menyerahkan surat tawaran pampasan tanah kepada seorang penduduk kampung yang terlibat sambil diperhatikan oleh Ir.Edward (kiri), Safar (empat dari kanan) dan Ir.Shahelmey (tiga dari kanan) di majlis itu.-Pix LSK

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menyampaikan surat tawaran pampasan tanah kepada pemilik-pemilik tanah terlibat di daerah Putatan bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (Pajek Kerja 6) melibatkan membina jalan dari Putatan ke Inanam di Juara Gym, Putatan, hari ini.

 Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Aru, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Haji Safar Untong, Pengarah Urusan Pan Borneo Highway PDP (BHP) Sdn.Bhd, Ir.Shahelmey Yahya, Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd.Harris Ibrahim, Pegawai Kanan Jabatan Kerja Raya dan pemimpin masyarakat setempat.

 Pembinaan Pakej Kerja 6 meliputi 3 daerah iaitu Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu sepanjang 19.6 km. Jarak pakej kerja untuk daerah Putatan sahaja kira-kira 4 km meliputi Kampung Dumpil, Kampung Ketiau dan Kampung Duvanson.

 Pembinaan jalanraya imi bermula pada bulan Januari tahun ini dan dijangka siap dalam bulan Januari 2021.

Yahya, Ir.Edward Yong, Safar (lima dari kanan), Ir.Shahelmey (empat dari kanan) bersama sebahagian pemilik tanah yang menerima surat tawaran pampasan.-Pix LSK

 Menurut Safar, sejumlah 93 pemilik tanah dan 81 struktur terlibat dalam pembinaan jalan ini dan surat tawaran pampasan tanah dan struktur bangunan terlibat telah sedia diserah dan diambil oleh pemilik-pemilik tanah dan bangunan yang terlibat.-pr/BNN