KENINGAU:  Komuniti Bingkor bakal disatukan dalam suasana penuh kemesraan menerusi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Famili YSFSYY yang akan berlangsung pada Selasa depan (24 Mac 2026) di Kampung Padang.

Majlis berkenaan akan diadakan di kediaman Puan Nur Syafawati Yazid @ Charles bersama Adly, bermula jam 12 tengah hari hingga 6 petang, dan dijangka menghimpunkan sanak saudara, sahabat handai serta masyarakat setempat.

Penganjuran itu digerakkan oleh Haji Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik @ Charles dan Hajah Sukimi Hj. Sipon bersama keluarga sebagai tanda kesyukuran di samping mengeratkan silaturahim sempena Aidilfitri.

Selain menjadi ruang kunjung-mengunjung, majlis ini turut menjadi platform mempertemukan masyarakat pelbagai latar belakang dalam suasana harmoni sambil menikmati hidangan tradisi.

Penduduk setempat menyifatkan penganjuran rumah terbuka seumpama ini sebagai simbol perpaduan dan semangat kebersamaan yang terus subur dalam komuniti luar bandar.-pr/BNN