UMNO Putatan tetap utuh dan mantap-Jeffery

0
Yakub (barisan hadapan, lima dari kanan) bersama Jeffrey (enam dari kanan), Juriah (barisan hadapan, empat dari kanan), Ghazalie (tiga dari kanan) bersama pemimpin UMNO Putatan selepas perasmian itu.

PUTATAN: Umno Bahagian Putatan tetap utuh dan mantap walaupun ramai mantan pemimpin bahagian itu telah meninggalkan parti untuk menjadi ahli bebas, kata Pemangku Ketua Bahagian itu, Encik Jeffery Mohamed.

Yakub (kiri) disambut oleh Jeffrey setibanya di majlis itu.

Katanya, Umno Putatan yang telah distruktur semula kini dianggotai oleh ahli-ahli yang terdiri daripada pejuang tulin yang setia kepada parti.

“Umno Putatan telah menyusun semula pentadbiran di peringkat bahagian dan cawangan setelah sebahagian mantan pemimpin meninggalkan Umno.

Yakub (tiga dari kanan) bersama Jeffrey (dua dari kanan) dan pemimpin Umno Putatan menyanyikan lagu parti.

“Kini Umno Putatan dianggotai oleh ahli-ahli yang berani menyahut mencabar sebagai parti pembangkang di Sabah”, katanya pada Majlis Perasmian Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO P.173 Putatan di Hotel Platinum, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan. Turut hadir ialah…

Sambil mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli parti yang terus setia bersama UMNO, Jeffery berkata, Umno Putatan telah melalui proses pemutihan dengan hanya pejuang tulin yang pegang kepada prinsip dan disiplin yang tinggi terus teguh bersama Umno.

Beliau berkata, Umno Putatan akan terus melakukan perubahan secara berperingkat supaya ianya relevan dengan kemahuan pengundi-pengundi dari pelbagai lapisan umur di Putatan.

Jeffrey berkata antara transformasi yang dilakukan ialah Ahli Jawatankuasa Bahagian kini dianggotai oleh kombinasi wajah-wajah baru dan lama.

Menurutnya, Umno Putatan akan perhebatkan penggunaan media sosial dan berharap ahli-ahli Umno berani tampil ke hadapan bagi melontar dan mengetengahkan apa juga masalah dan isu setempat.

Katanya, Umno Putatan  juga terbuka dalam menerima pandangan dan idea yang kreatif dan bernas dari ahli-ahli dalam usaha membantu mengukuhkan lagi perjuangan parti di  Putatan.

Menurutnya, UMNO Putatan kini menempuh keadaan yang sukar terutama darisegi dana untuk menggerakkan aktiviti parti, namun ia bukan penghalang kepada Ummno untuk terus membela dan memperjuangkan nasih rakyat.

Beliau menegaskan, Umno Putatan juga akan lebih inklusif dalam soalan keahlian iaitu lebih bersikap terbuka kepada sesiapa pun yang layak mengikut perlembagaan parti untuk menjadi ahli parti.

Menurutnya, Halatuju parti selepas PRU 14  sudah dijelaskan oleh pemangku Presiden UMNO? dan Umno Putatan akan terus menjadi pembangkang yang konstruktif  dan yang terbaik serta utama di parlimen Putatan.

“Kita akan menjadi mata dan telinga kepada penduduk Putatan selain tempat mengadu dan bertindak untuk “check & balance” kepada kepimpinan  Kerajaan yang ada di Putatan.

“Pada masa yang sama, Umno Putatan akan berusaha mengikis laber kronisme dan nepotisme yang telah lama dikaitan dengan UMNO.

“Ini agar kita dapat buktikan kepada pengundi dalam parlimen Putatan bahawa Umno jauh lebih baik jika dibandingkan dengan part-parti politik lain yang ada di Putatan.

Katanya, Umno Putatan akan terus menyokong usaha UMNO Negeri dalam memperjuangkan Autonomi untuk UMNO Sabah sehingga ianya menjadi realiti.

Jeffrey berkata, sudah sampai masanya Umno bertegas agar kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan parlimen di kawasan Putatan hendaklah diwakili dan ditandingi oleh calon Umno kerana bumiputera Islam merupakan mejoriti di kawasan itu.

“Ini bukan bererti Umno tamak, tetapi itulah satu-satunya cara untuk kita menawan semula kerusi DUN dan Parlimen Putatan. Percayalah Umno Putatan akan lebih bersikap adil kpd bangsa dan agama lain berbanding dengan parti-parti lain.

“Keutamaan Umno sekarang adalah mengukuh dan membetulkan struktur bahagian agar dapat bangkit menghadapi PRU 15 akan datang”, tegasnya.

Turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tawau, Encik Ghazalie Haji Ansing, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Juriah Palasin, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Encik Sumita Hassan.-pr/BNN