LAHAD DATU: Seramai lima orang anak yatim dari sekitar daerah Lahad Datu dibawa membeli-belah di Pasaraya Servay, Bandar Seri Perdana, Lahad Datu semalam.
Program tersebut merupakan anjuran Rakan Kembara Malaysia (RKM) cawangan Sabah mengambil inisiatif meraikan anak-anak yatim sempena menjelangnya Aidilfitri.
Pengerusi Rakan Kembara Malaysia cawangan Sabah, Mizma Appehdullah berkata, menerusi program Kembara Indahnya Ramadhan 2019, pihaknya dapat menjayakan tanggungjawab sosial membantu meringankan beban anak-anak kurang bernasib baik.
”Kami mahu anak-anak yatim ini menyambut hari raya dalam suasana gembira walaupun tanpa kehadiran ibu bapa di sisi,” katanya semasa membeli belah pakaian raya anak-anak yatim.
Mizma dan ahli jawatankuasa RKM cawangan Silam turut meluangkan masa membantu anak-anak yatim tu memilih persalinan hari raya.
Menurut Mizma, program diadakan lebih awal supaya golongan berkenaan lebih bersedia dan bergembira menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
“Kita mahu melihat mereka yang kurang bernasib baik tidak ketinggalan menyambut hari mulia ini. Saya berharap sumbangan itu dapat menceriakan mereka dengan memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing,” katanya.
Anak-anak yatim tersebu turut dibawa untuk berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa RKM cawangan Silam.
Terdahulu RKM turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada 10 orang golongan asnaf Kg Tempinau (5 orang) dan Kg Teluk Suaion (5 orang) Lahad Datu.-pr/BNN