KUALA LUMPUR: Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah yang baharu Noor Alam Khan A.Wahid Khan (Kiri)hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah.
Noor Alam Khan dilantik sejak 6 Julai lepas bagi menggantikan Datuk Ruji Ubi yang berpindah di Kementerian Pertahanan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha
(Pembangunan).
Noor Alam Khan sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).-pr/BNN