29.1 C
Kota Kinabalu, MY
Wednesday, 10 Jun 2026
Home Blog Page 31
KENINGAU:  Sebuah buku panduan pelancongan bertajuk Discover Keningau edisi pertama dilancarkan sebagai inisiatif memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian produk pelancongan daerah ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Buku yang diterbitkan oleh Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau (KeTCA) itu menghimpunkan informasi komprehensif mengenai destinasi, produk serta tarikan pelancongan yang terdapat di daerah Keningau, sekali gus menjadi rujukan penting kepada pelancong tempatan dan...
KOTA KINABALU: Tuntutan 40 peratus hasil Sabah wajar terus dipacu melalui saluran rasmi bagi memastikan proses rundingan berjalan teratur, berkesan dan tidak menjejaskan keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Aktivis Politik Pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah. Beliau menegaskan, tuntutan 40 peratus itu telah pun diberi jaminan oleh Perdana Menteri untuk dibayar kepada Sabah, manakala Ketua Menteri,...
KENINGAU: Karya bertajuk "Keningau – The Hinterland Gem of North Borneo" arahan Elvin Liging muncul juara pada Majlis Anugerah Industri Kreatif Pelancongan Daerah Keningau 2026 yang berlangsung di Ficus Hall, Bandukan Resort, pada 2 April lalu. Kemenangan itu sekali gus menonjolkan keupayaan penggiat kreatif tempatan dalam mengangkat keindahan serta keunikan Keningau melalui pendekatan penceritaan visual yang berimpak tinggi. Tempat kedua dimenangi...
KOTA KINABALU: Mantan Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Datuk Jerry Ambuting Mohd Said, membidas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang mempersoalkan tindakan Peguam Negara berhubung pendakwaan kes kemalangan maut, sambil menyifatkannya sebagai mengelirukan dan tidak berpaksikan kefahaman undang-undang yang menyeluruh. Beliau berkata, dakwaan kononnya berlaku “ketidakkonsistenan” dalam tindakan pendakwaan antara dua kes berasingan adalah...
KENINGAU: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Keningau, Rafie Datuk Robert, menyatakan sokongan padu terhadap usaha memperkasa industri filem tempatan dengan menghadiri Tayangan Filem Pendek Sabah yang dianjurkan SAFVA dan CineBah di The Dotters Space, Bandar Baru Keningau, pada 1 April lalu. Program berkenaan berjaya menarik kehadiran lebih 50 penonton dari sekitar daerah ini yang hadir bagi menyaksikan pelbagai...
KOTA KINABALU: Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Datuk Mohd Nazri Abdullah, merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena sambutan ulang tahun ke-80 penyiar nasional itu pada 1 April lalu. Beliau berkata, kejayaan RTM melangkah ke usia lapan dekad membuktikan keupayaannya kekal relevan sebagai medium utama penyebaran maklumat sahih, pendidikan dan hiburan kepada rakyat Malaysia sejak penubuhannya...
KENINGAU:  Sekolah Menengah Ken Hwa Keningau terus mencatat lonjakan prestasi apabila merekodkan kadar kelulusan 98.18 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), meningkat berbanding 96.44 peratus tahun sebelumnya. Lebih membanggakan, seramai 48 calon memperoleh keputusan 5A dan ke atas, termasuk seorang pelajar cemerlang meraih 10A, sekali gus mencerminkan peningkatan ketara kualiti pencapaian akademik sekolah itu. Pengetuanya, Anthony Chong @ Chong Yu...
KUDAT: Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) memperkenalkan pendekatan pengurusan strategik berasaskan Model PDCA (Plan, Do, Check, Act) serta penetapan Indikator Prestasi Utama (KPI) sebagai langkah memperkukuh kecekapan tadbir urus dan meningkatkan prestasi organisasi. Inisiatif itu diumumkan Pengerusinya, Dr Aslie Haji Sahat, sempena Mesyuarat Jawatankuasa (JKT) PMPS Bilangan 1/2026 yang berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, di sini. Beliau berkata, organisasi yang...
KOTA KINABALU:  Sebarang usaha menghidupkan semula tuntutan ke atas Sabah disifatkan sebagai tidak berasas, malah mencerminkan kejahilan terhadap sejarah pembentukan Malaysia serta realiti kedaulatan negeri ini. Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah, Aksyah Haji Nasrah, menegaskan bahawa Sabah kekal sebagai wilayah bebas dan berdaulat yang secara sah memilih untuk bersama membentuk Persekutuan Malaysia melalui proses yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beliau berkata,...