Gambar sekitar perhimpunan Agung UMNO 2017

0
KETUA Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menemui para pemimpin Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan
PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman (dua dari kiri) bersarapan pagi bersama pemimpin-pemimpin UMNO Sabah sebelum menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2017. Kelihatan dari kiri Datuk Zakaria Mohd.Edris, Datuk Samsudin Yahya, Datuk Yakub Khan, Datuk Ramli Marahaban dan Datuk Isnin Aliasnih (kanan).
MENTERI Di Jabatan Perdana Menteri(JPM) Datuk Seri Panglima Abd.Rahman Dahlan menyampaikan cenderamata berupa buku bertajuk “Cerita Gagal” kepada Wireeannesilvianis Wongkin, 15, pelajar dari Pitas, Sabah yang dipilih menyertai Program Peneraju Tunas Geliga di Cyberjaya anjuran Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) dibawah JPM.
Wireeannesilvianis merupakan antara anak muda dari seluruh negara yang menyertai program itu,telah memilih Abd.Rahman sebagai idola yang dia ingin temui. Impiannya tercapai apabila dia menemui Rahman bersama Ketua Eksekutif YPPB, Raja Azura Raja Mahayuddin di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.
KETUA Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menemui para pemimpin Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan
MENARIK…Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam, Puan Mizma Apphedullah dan rakannya tertarik dengan gambar aktiviti Pemimpin UMNO Sabah yang dipamerkan menghiasi ruang legar PWTC, Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017.
MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid (lima dari kanan) yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama anggota wanita UMNO dan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan risalah mengenai aplikasi telefon pintar PriceCatcher yang disediakan oleh KPDNKK bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan harga barangan selepas menyampaikan ceramah di Kaukus Penggubal Undang-Undang Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.
PENOLONG Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah, Mohd.Bahrin Abd.Karim berbincang sesuatu bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagia