Pelancaran Pesta Magahau meriah

0
1360
Para pemenang MGM bergambar bersama Jelani (tujuh dari kiri), tetamu jemputan dan jawatankuasa penganjur.-Pix LSK

MATUNGGONG: Majlis Pelancaran Pesta Magahau 2018 dan sambutan pesta itu peringkat Matunggong yang diadakan di Puruvan Square mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 2000 orang.

Johan MGM Zon Matunggong Felorinece Singkong (tengah) bersama Clearviana (kanan) dan Crystaline Jaisus (kiri).

Perasmian sambutan itu telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah P. 168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah Dun N. 4 Matunggong Encik Barlus Mangabis.

Turut hadir ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan yang juga presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Timbalan Presiden SAMORA, Encik Jose Modsinupu, Encik Joslin Masungkil (Pengerusi Penganjur Pesta Magahau Zon Matunggong), Puan Salunih Morusun (Pengerusi MGM Zon Matunggong) dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi SAMORA.

Pelbagai acara tradisi dipersembahkan termasuk acara utama iaitu Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) atau pertandingan ratu cantik, Monurizak (nyanyian),Hontira (sukan tradisi) dan lain-lain.

Cik Felorinece Singkong muncul sebagai Gimpuhut (Johan) MGM (pertandingan ratu catik) 2018. Cik Clearviana Frankie Yong dan cik Crystaline Jaisus masing-masing muncul sebagai Naib Johan dan tempat ketiga.  Mereka akan mewakili Zon Matunggong ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Barlus Mangabis (tiga dari kiri) bersama Jelani (dua dari kanan) dan pemimpin Samora yang lain.

Bagi acara Monurizak (nyanyian),Terence Asangki  (Johan) , Raynel Botohong (Naib Johan) dan Eiletira Yvett Malison (tempat ketiga) yang akan mewakili zon Katunggong ke pertandingan peringkat negeri.

Bagi Pertandingan Miss Popular FB dimenangi oleh Cik Marlin Mabaris, manakala Cik Felorinece Sinkong muncul sebagai pemenang Miss Popular Zon Matunggong selepas berjaya mendapatkan undian tertinggi dari pengunjung pesta tersebut.

Selain acara MGM & Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).

Pemenang pertandingan Monurizak, Terence Asangki (tengah), Renal Botohong (kiri) dan Eiletira (kanan) yang akan mewakili Zon Matunggong ke pertandingan peringkat negeri.

Selain Zon Matunggong, terdapat enam zon lain lagi yang turut mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zon-zon tersebut ialah Zon Kota Marudu yang akan diadakan pada 8 Julai 2018, Zon Kudat (14 Julai 2018), Zon Beluran  (20 Julai 2018), Zon Pitas (21 Julai 2018), Zon Kota Kinabalu (21 Julai 2018) dan Zon Lembah Klang / Semenanjung (tarikh belum ditetapkan).-Oleh L.S.Kuang/BNN