Hari Puisi Nasional ke-20 di Sarawak

0
273

KOTA KINABALU: Hari Puisi Nasional ke-20 akan di adakan di Bintulu, Sarawak pada 3hb August ini.

Menurut hebahan media yang dikeluarkan oleh penganjur Hari Puisi National ini dianjurkan oleh  Kerajaan Negeri Sarawak, GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama PEKASA, PUTERA dan Pejabat Residen Bintulu.

Hari Puisi Nasional Ke-20 ini yang akan berlangsung di Hotel Kemena Plaza, Bintulu, bertemakan “Integriti Pemacu Pembentukan Negara”.

Acara ini akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr)Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Abang Haji Openg.

Pada majlis perasmian akan di sampaikan Anugerah Penyair GAPENA 2018 kepada Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan Sdr Abizai.

Antara pembentang kertas kerja ialah Sasterawan Negara Dato’Dr Zurinah Hassan, Dr Lim Swee Tin, Datuk Jasni Matlani, Abizai, Dilah Tuah dan Abang Patdeli Abang Muhi.

Seramai 200 orang akan menyertai Hari Puisi Nasional Ke-20. Acara ini juga akan diadakan di SMK Bintulu dan SMK Bandar Bintulu dan di Kampung Jepak, Bintulu (Penyair Bersama Komuniti Kampung Jepak).

GAPENA akan menerbitkan antologi puisi Gema Membelah Gema 18 yang diselenggarakan oleh Hamzah Hamdani dan Norazimah Abu Bakar. Seramai 116 penyumbang karya termasuk Singapura dan Indonesia terlibat di dalam antologi ini yang bakal dilancarkan nanti.-pr/BNN