Membangun pendidikan tanggung jawab bersama-Mohd Arifin

0
91
Mohd.Arifin (10 dari kiri) bersama pemimpin kerajaan, masyarakat, pendidik dan pelajar-pelajar yang menyertai Program Ambang UPSR.

MEMBAKUT: Semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam membangun pendidikan di kawasan Membakut tanpa mengira aliran dan fahaman politik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd.Arif.

Mohd. Arifin menyampaikan buku panduan peperiksaan UPSR kepada calon2 UPSR Membakut.

Katanya, tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh pemimpin kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan, parti politik, rakyat dan juga ibu bapa.

“Usaha membangun pendidikan di kawasan Membakut adalah tanggungjawab semua tanpa mengira aliran politik.

“Saya akan bersama-sama dengan semua pemimpin politik di Membakut membangun ilmu di kawasan ini walaupun kami berbeda ideoligi politik”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ambang UPSR di Dewan Sri Wawasan Kampung Pimping.

Mohd. Arifin (tengah) bersama Haji Abd Sani.Maarif (dua dari kiri), Ag Kamis Ag Ahmad (dua dari kanan), Ketua Puteri UMNO Kimanis, Heirina Ag Basir (kanan) dan Ketua Wanita UMNO Kimanis, Hajah Suraya Ibrahim (kiri) di majlis itu.

Acara tahunan itu disertai oleh seramai 280 calon UPSR tahun ini daripada  kesemua 15 Sekolah Kebangsaan (SK) dalam kawasan Membakut.

Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua Cabang PKR Membakut, Encik Ag Kamis Ag.Ahmad dan Haji Sani Marif dari Parti Warisan atas jemputan Mohd.Arifin.

Hadir sama ialah Pengerusi Penyelaras program Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Malaysia (PPPPPM) cawangan Membakut  Haji Wahid Mat Bati dan Pengerusi Majlis Guru Besar Membakut, Ag Samad  Haji Ag Besar.

Serentak itu, Mohd. Arifin meminta warga pendidik agar menerima apa sahaja usaha untuk memperkasa pendidikan menerusi bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGOs dan pemimpin setempat.

“Memperkasa pendidikan bukan terletak di bahu warga pendidik semata-mata.Peranan dan tanggungjawab ini perlu dipikul bersama oleh semua pihak yang berkepentingan.

“Menerusi gandingan tenaga dan sumbangan semua pihak, usaha mencapai kecemerlangan pendidikan untuk Membakut akan lebih cepat menjadi realiti” tegasnya.-Oleh LSK/BNN