UMNO tidak bubar di Sabah-Zahid

0
260
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi-Wiki
KOTA KINABALU:  UMNO Sabah tidak terbubar walapun ada pemimpin negeri itu yang keluar parti.
Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di Sabah merupakan satu tindakan yang dijangka dan ini tidak sama sekali melemahkan perjuangan UMNO yang telah banyak menabur jasa kepada anak negeri itu.
Menurut beliau, kemasukan UMNO ke Sabah pada tahun 1991, telah merubah kedudukan sosioekonomi negeri ini dan sudah tentu parti Rumpun Melayu akan meneruskan pembelaan berkenaan.
“Tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO Sabah. UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagaimana terkandung dalam fasal 15.7 dan fasal 15.8 Perlembagaan UMNO,” katanya.
Fasal 15 dalam Perlembagaan UMNO itu berhubung jawatankuasa bahagian, di mana jika KUB berhenti atau diberhentikan maka TKUB akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka jawatan kuasa bolehlah melantik salah seorang Naib Ketua untuk memangku jawatan tersebut sehingga diadakan Mesyuarat  Perwakilan Bahagian mengikut fasal 15.3.-pr/BNN