Wanita UMNO Sabah belum buat keputusan-Jainab

0
197
Datuk Dr Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid.
KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah mengambil ketetapan untuk mengambil masa bertenang selepas kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Sabah diketuai Datuk Haji Hajiji Haji Noor mengisytiharkan keluar dari UMNO.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah Datuk Hajah Dr Jainab Ahmad Ayid dalam satu kenyataan akhbar berkata, Wanita Negeri Sabah belum mengambil keputusan  kerana  ketua-ketua Wanita Bahagian diSabah perlu memberi penerangan kepada ahli-ahli jawatankuasa wanita di bahagian masing-masing dan seterusnya kepada ahli-ahli wanita di akar umbi.
“Wanita-Wanita UMNO Bahagian akan membuat keputusan setelah selesai mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli Wanita UMNO dan mendapat maklum balas daripada mereka, dan akan beramai-ramai meletak jawatan jika perlu serta menghantar borang-borang tersebut kepada pihak  yang berkenaan.”-pr/BNN