ADUN Apas digesa menyelesaikan masaalah jalan runtuh

0
312
Ghazalie Ansing Pengarah Komunikasi UMNO Sabah

KOTA KINABALU: UMNO Tawau hari ini mendesak Ahli Parlimen Tawau, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan ADUN Balung bagi menyelesaikan segera jalan runtuh di Batu 14 Jalan Apas.

Ghazalie Ansing Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tawau berkata jalan tersebut merupakan satu-satunya jalan utama bagi menghubungkan penduduk kampung dengan bandar dan juga jalan penghubung utama ke daerah daerah lain.

Sewaktu kerajaan BN memerintah, kerajaan pimpinan BN telahpun memperuntukan sejumlah wang untuk memperbaiki jalan tersebut, katanya dalam Saturday kenyataan akhbar Hari ini.

Menurut beliau setelah pemerintahan bertukar, tiada tindakan susulan mengenai baik pulih jalan tersebut dan di biarkan begitu sahaja.

Lencongan yang dibuat dari arah bertentangan mengundang kepada bahaya kepada pengguna jalanraya lebih-lebih lagi pada waktu malam, katanya lagi.

UMNO Tawau mendesak agar jalan tersebut di perbaiki segera demi kemudahan rakyat tawau khasnya dan rakyat sabah secara amnya.-pr/BNN