PPK Kinabalu persoal rasional perubahan tarikh MAT unit peladang

0
602
Datuk Haji Jaimin Samitah

RANAU : Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu hari ini meminta Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sebagai Pendaftar Pertubuhan Peladang(PP) memberi penjelasan mengenai perubahan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Unit Peladang (UP) 2019 di semua peringkat Pertubuhan Peladang (PP).

Pengerusinya Datuk Haji Jaimin Samitah berkata, mengikut tradisi Mesyuarat Agung Unit Peladang (UP) diadakan bermula bulan Januari sehingga Akhir Mei.

Beliau berkata, Pendaftar telah mengeluarkan arahan pada 8 Januari 2019, agar mesyuarat itu diadakan pada bulan Mac 2019.

Katanya, bagi negeri Sabah separuh daripada UP telah mengadakan MAT mereka sebelum arahan baru dikeluarkan oleh Pendaftar PP.

“Dalam konteks PPK Kinabalu yang mempunyai sebanyak 55 UP, sudah tentunya mustahil dapat mengadakan dan menyelesaikan mesyuarat Agong dalam tempoh Mac sehingga Mei.

“Banyak UP kami amat jauh dari Pejabat PPK dan perlu mengambil masa sehingga 3 jam perjalanan melalui jalan gravel menggunakan kenderaan pacuan 4 roda (4×4) untuk sampai ke sana. Terdapat juga UP yang terpaksa melalui jambatan gantung untuk sampai”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menururnya, kebanyakan PPK di Sabah mempunyai bilangan Unit Peladang yang banyak.

Di Sarawak terdapat PPK yang mempunyai lebih 70 UP. Disebabkan perubahan tarikh pelaksanaan

“Ahli-ahli peladang kebanyakan berada di luar bandar dan kampung-kampung yang jauh dari bandar dan pekan. Bagi UP yang telah mengadakan MAT, ini telah menyusahkan mereka kerana terpaksa mengadakan mesyuarat semula disebabkan perubahan tarikh itu.

“Sementara PPK pula terpaksa menanggung 2 kali kos mesyuarat dan bayaran elaun kepada ahli-ahli peladang yang hadir MAT UP”, tambahnya.

Jaimin yang juga Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah turut mempersoalkan motif sebenar Pendaftar PP mengubah tarikh MAT UP tanpa memikirkan kepentingan ahli-ahli peladang yang merupakan pemegang saham utama.

Katanya, ahli-ahli peladang lebih berhak terhadap PP selaku pemegang saham, sementara Ketua Pengarah hanya sebagai pendaftar PP.

Jaimin juga mempertikai penggunaan nama Menteri Pertanian dan Industri Asa Tani Malaysia dalam surat arahan oleh Ketua Pengarah LPP.

“Setahu saya dalam pentadbiran kerajaan KP akan hantar cadangan kepada Menteri melalui Ketua Setiausaha Kementerian. Kemudiannya Menteri hanya akan minitkan dalam dokumen yang dihantar oleh setiap jabatan. Tetapi dalam konteks LPP, kita dapat dengar nama Menteri sering diguna oleh KP.

“KP LPP sering menjajah nama Menteri dan ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Sudah pasti KP LPP dan Timbalan KP (Puan Azurita) mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi.

“Apakah perkara kecil mengenai hal MAT UP, Menteri perlu diheret campur tangan. Sungguh menghairankan. Kenapa KP mahu mengheret Menteri dan merosakan nama baik Menteri Pertanian.

“Hormatilah kami ahli-ahli PP sebagai pemegang saham dalam PP”, tegasnya.- Oleh LSK/BNN