KOTA KINABALU: Sekolah Pendidikan Khas SMK Peter Mojuntin Penampang telah berjaya menjuari pertandingan separuh akhir Melukis Poster ‘Imagine #URFUTURE’ sekaligus akan mewakili negeri Sabah ke peringkat akhir di UNITAR Kelana Jaya, Kuala Lumpur pada 27 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIDMA College, Azizah Khalid Merican berkata sebanyak tujuh buah sekolah mengambil bahagian pertandingan tersebut.
Katanya antara sekolah-sekolah tersebut adalah dari SMK Kinarut Papar, SMK Perempuan Likas, SMK Tansau Penampang, SMK Likas Kota Kinabalu, SMK Bahang Penampang, SMK St. Francis Convent, dan SMK Datuk Peter Mojuntin.
Katanya pertandingan yang julung kalinya diadakan di Kolej SIDMA ini telah disertai oleh 21 pasukan dari tujuh (7) buah sekolah sekitar Kota Kinabalu.
“Pertandingan ini terbuka khusus kepada pelajar tingkatan lima iaitu mereka yang bakal menduduki SPM tahun ini. Objektif program ini adalah untuk melihat tahap imaginasi anak muda kita tentang masa depan mereka disamping menilai bakat serta kekreatifan mereka dalam mereka cipta poster,” katanya.
Beloau berkata demikian selepas ditemui penyampaian hadiah kepada para pemenang di bangunan Sidma Colleg, Penampang semalam.
Menurutnya pada peringkat Separuh Akhir ini, pemenang tempat pertama SMK Peter Mojuntin telah membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala tempat kedua dimenangi oleh SMK Perempuan Likas telah membawa pulang wang tunai RM750 manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Datuk Peter Mojuntin telah membawa pulang wang tunai RM500.
Sementera itu, pengadil pertandingan Charles Mawan Bernard berkata kebanyakkan lukisan yang dilukis para peserta dilihat semua mempunyai nilai yang tersendiri kerana semua pelajar melukis melalui perasaan mereka.
Tambahnya beliau Kriteria yang dinilai adalah isi kandungan poster, kreativiti dan keaslian, semangat berpasukan, pembentangan dan faktor ‘wow’ lukisan tersebut.
Juara Pertandingan Melukis Poster ‘Imagine #URFUTURE’ peringkat Akhir akan bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000 beserta trofi, RM 200 baucar buku dan 75 peratuspenajaan biasiswa menyambung pengajian bersama UNITAR.
Tempat kedua pula bakal memenangi wang tunai RM6,000 beserta trofi, RM 150 baucar buku dan 50 peratus penajaan biasiswa, tempat ketiga bakal memenangi RM3,000 beserta trofi, RM 100 baucar buku dan 25 peratus penajaan biasiswa.
Sembilan hadiah saguhati iaitu wang tunai bernilai RM1,500 serta RM50 baucar buku akan diberikan kepada yang layak.
Hadir sama Ketua Pegawai Ekseutif Sidma College, Azizah Khalid Merican, Pengarah Pembangunan Pemasan, Azalina Ngatim, pengadil pasukan Charles Mawan Bernard berserta 21 pasukan dari tujuh (7) buah sekolah sekitar Kota Kinabalu.-pr/BNN