Program ziarah perpaduan perlu dipergiatkan – Matbali Musah

0
Matbali Musah (kanan) dan Norazam Azizan (duduk) bersama Puan Hinda Abus semasa melawat warga emas itu di rumah beliau.
Matbali berucap di majlis itu.

BEAUFORT: Program Ziarah Perpaduan (PZP) melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) perlu terus digiatkan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah.

Katanya, PZP dapat meningkatkan dan mengeratkan perpaduan yang sedia terjalin di kalangan masyarakat kampung.

“PZP 3.0 yang dianjurkan oleh KRT Kukut amat berfaedah kerana telah memberi kesempatan kepada anggota KRT untuk menziarah penduduk kampung kampung yang uzur, sakit dan kurang berkemampuan.

Matbali Musah (bertopi) bersama anggota KRT semasa melawat seorang pesakit

“PZP ini harus dijadikan program tahunan oleh KRT dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, memandangkan matlamat program ini begitu murni dan berfaedah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri PZP 3.0 KRT Kampung Kukut, Padas Damit  dekat sini, kelmarin.

Matbali menyeru masyarakat kampung agar sentiasa bersatu dan memupuk semangat kekitaan.

“Perpaduan adalah tunggak kekuatan. Tanpa perpaduan dan kesepakatan yang jitu sudah tentu akan menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat”, tegasnya.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepad  KRT Kampung Kukut kerana berjaya menganjurkan program ziarah perpaduan 3.0.

Sempena program itu, Matbali dan rombongan KRT Kukut telah menziarahi 3 orang warga emas dan sakit uzur. Mereka ialah Hinda binti Abus, Fatnah binti Salim dan Rani hj lbrahim.

Matbali  turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mereka. Selain itu KRT Kg. Kukut juga turut menyampaikan sumbangan kewangan.

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Zon Pedalaman Bawah, Norazam Azizan, Pengerusi KRT Kg Kukut, Encik Zainal Abidin Haji Ajau  Wakil dari UPPM Lumadan dan AJK KRT Kg Kukut.-pr/BNN