Pesta Magahau setaraf Pesta Kaamatan -Jelani

0
118
Lucia Bagangg dinobat sebagai Modal Of the year.

KOTA KINABALU: Pesta Magahau yang diraikan oleh masyarakat Rungus di Sabah, kini setaraf dengan Pesta Kaamatan, kata Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Dato Jelani Hamdan.

Dr.Lucas bersama tetamu lain pada majlis perasmian itu.

Katanya, pesta itu disambut secara rasmi setiap tahun sejak 2005 hingga tahun ini, mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Bermula pada tahun 2016, sambutan Pesta Magahau telah disambut di peringkat zon, dengan 7 zon iaitu zon Kudat, Matunggong, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kota Kinabalu dan zon Semenanjung (kini zon Persekutuan).

“Kita amat bersyukur dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mengiktiraf Pesta Magahau sebagai satu perayaan di Sabah yang dimasukkan dalam kalander Kerajaan yang disambut setiap bulan Julai”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis “Sodop Papak Tavasi” (Malam Gala) Pesta Magahau Momogun Rungus Sabah 2019 di ruang legar Wisma Tun Fuad Stephens, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Presiden SAMORA, Encik Jose Modsinupu.

Naib Presiden UPKO, Datuk Dr.Lucas Umbul telah mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Tangau merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi UPKO, Datuk James Ratib, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Encik Mansor Asun, Ketua Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Sabah, Encik Francis Au, Encik Jose Madsinupu (Pengerusi Pesta Magahau merangkp Timbalan Presiden SAMORA,Paransol Tiying,Ruhini Andong pengerusi MGM negeri Sabah dan duta-duta SAMORA.

Sebahagian peserta Momogun Modal of The Year.

Jelani berkata, Pesta Magahau merupakan perayaan terbesar bagi kaum Momogun Rungus yang disambut sejak sekian lama oleh nenek moyang kita, yang perlu dipelihara dan diberi sokongan agar ianya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

“Pesta Magahau dapat memulih dan menguatkan semangat masyarakat momogun Rungus. Pesta ini adalah milik kita dan dirayakan bersama dengan kaum yang lain”, tegasnya.

Pemenang Monurizak, Medkhatu Simpong (tengah) bersama Stefanus Nodibil (kanan) dan Leffih Sawat (kiri).

Sementara itu, Dr Lucus ketika ditemui berkata, Pesta Magahau disambut secara gilang gemilang bukan sahaja oleh kaum Rungus, malah suku kaum yang lain.

“Program ini dapat memperkasakan seni budaya etnik-etnik yang ada di negeri Sabah, agar ianya dapat diwarisi oleh generasi-generasi akan datang.

“Di Sabah kita mempunyai Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, yang  membantu, melihat  dan  memberi pengiktirafan kepada kaum-kaum atnik orang asal Sabah,  agar ianya dapat didokumentasi dan dikekalkan selamanya”, tambahnya

Sementara itu, SAMORA turut memberi pengikhtirafan kepada individu yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan menyampaikan Anugerah Khas kepada Raymond Majumah bagi kategori Pendidikan Rungus Terbaik, , Ronn Langad (Penyanyi Lelaki Rungus Terbaik),  Jetrina Mojohn (Penyanyi Perempuan RungusTerbaik),  Rapot Sanggong (Group Etnik Band Rungus Terbaik) Masdin Hezzie Metol (Kompeser Rungus Terbaik), Charles Osingko (Komposer Rungus Terbaik), Brianna Marunsai (Penyanyi Harapan Rungus Terbaik),  Clayrissa Hennry Ogodong (Pagent Rungus Terbaik)

Pemenang pertandingan Monurizak (menyanyi dalan bahasa Momogun Rungus) di menenangi oleh Medkhatu Simpong, Naib Johan dan Ketiga disandang oleh Stefanus Nodibil dan Leffih Sawat.

Anugerah Momogun Modal Of the year  dimenangi oleh Lucia Bagangga. Momogun Emerging modal award of the year dimenangi oleh Haniza Matihon, Momogun Special Award of the year dimenangi oleh Jessie Anne James, Momogun Best Dress of the year dimenangi oleh Lisa Joseph,Momogun best catwalk of the year Stephanie Heng,Momogun designer of the year dimenangi oleh Cerry Ezia Julain dan Momogun best MUAH of the year dimenangi oleh Cyirlla Lorraine.-pr/BNN