APS gesa kerajaan Warisan sekat kehadiran Zakir Naik ke Sabah

0
116
Paul Kadau

KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa Ketua Menteri
Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar tidak teragak agak menyekat
kemasukan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke negeri ini demi menjaga
keharmonian masyarakat kepelbagaian kaum diSabah.

Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, tidak ada jaminan bahawa
kehadirannya dinegeri ini tidak akan mengugat keharmonian masyarakat
pelbagai kaum di Sabah, walaupun belum berlaku tetapi kita harus berjaga jaga, katanya.

Paul berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Papar baru baru ini bahawa, Kerajaan Sabah
tidak teragak-agak untuk menyekat kemasukan pendakwah terkenal Dr
Zakir Naik ke negeri ini.

Kerajaan Sabah akan bertindak sekiranya kehadirannya disini ia boleh
mengugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Sabah. Bagaimana pun Shafie berkata, beliau akan mendapatkan laporan daripada pihak jabatan  agama negeri terlebih dahulu.

“ Kita harus sedar bahawa keharmonian di Sabah yang bolehberkomunikasi dan berinteraksi dengan baik malah jauh lebih baik tahap  perpaduannyadengan masyarakat di Semenanjong.

“ Jadi, mengapa perlu benarkan seorang pentaksub agama memasuki Sabah dan merosakkan keharmonian agama serta sosial?

“ Zakir (pada Rabu) ketika selepas berceramah diKelantan didakwa
mengeluarkan kenyataan yang mahukan ‘tetamu lama’ Cina di Malaysia balik dulu sebelum meminta beliau untuk keluar dari Malaysia,” kata
Paul dalam satu kenyataan disini  pada Sabtu.

Dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa ke atas perkara berkaitan imigresen dan dalam kuasa itu mereka boleh menyekat individu yang dianggap tidak diingini daripada memasuki kedua dua negeri itu.

Sebelum itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal
berkata, beliau bagaimanapun akan mendapatkan laporan daripada pihak
jabatan agama negeri terlebih dahulu.

“Laporan belum sampai atas meja saya tapi pada pandangan peribadi,
kalau ada unsur-unsur ektremis, berdasarkan undang-undang yang kita
luluskan mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah baru-baru ini dimana, kita
tidak harus membangkitkan tentang amalan ekstremis dalam amalan
beragama di Sabah.

“Kalau ada pihak-pihak buat begitu, kita akan mengambil tindakan.
“Ini bidang kuasa Kerajaan Negeri dan (laporan) ini belum sampai
kepada kita dari pihak jabatan agama. Bagaimanapun, kita akan
mengambil tindakan sewajarnya,” ujarnya.

Zakir, yang mendapat status penduduk tetap ketika di bawah kerajaan BN
pada 2012, menimbulkan kemarahan masyarakat apabila menyifatkan rakyat
Malaysia dari kaum Cina sebagai “tetamu lama” di Malaysia, selain
mempertikai kesetiaan masyarakat India di Malaysia terhadap Perdana
Menteri.

Selain itu, menurut Dr Mahathir, kerajaan juga akan mengambil tindakan
untuk menghalang Zakir dari terus membuat ucapan yang provokatif yang
dilihat cuba melaga-lagakan kaum dalam masyarakat.

Difahamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan
akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya
siasatan polis mendapati pendakwah kontroversi itu melakukan sesuatu
yang menjejaskan kesejahteraan negara.

“Kita (kerajaan) boleh tarik balik status penduduk tetapnya jika dia
(Zakir) melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara ini,”
kata Mahathir pada pada baru ini. -pr/BNN