Niat Serong Menteri Dan Pengerusi LPP Lantik Ahli Amanah Sebagai AJP PP

0
988
Datuk Haji Jaimin Samitah.

KOTA KINABALU: Malaysia mempunyai banyak agensi dan jabatan kerajaan, dengan anggota perkhidmatan awam seramai 1.7 juta orang. Semua agensi ini ditubuhkan bertujuan memudahkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat.

Dari sudut pandangan rakyat, apa yang penting ialah pewujudan agensi itu mestilah natijahnya memberi kesejahteraan dan menjaga kebajikan rakyat.

Apatah lagi jika akta yang mewujudkan agensi itu secara khususnya menggariskan fungsi dan kuasa agensi untuk membantu rakyat, contohnya Seksyen 4(2)(f) Akta Lembaga Pertubuhan Peladang.

“Untuk memberi bantuan kepada Pertubuhan Peladang, pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau badan atau orang lain yang pada pendapat Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan dengan mengambil syer atau modal pinjaman atau dengan pinjaman atau selainnya”.

Akhir-akhir ini wujud satu kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk memperalatkan, tanpa segan-silu, agensi kerajaan bagi mencapai tujuan peribadi.

“Pak Menteri berlumba-lumba memperlihatkan siapa yang paling ramai dapat menempatkan orang-orang mereka di sesuatu agensi. Seolah-olah sekiranya lebih ramai penyokong-penyokongnya ditempatkan, lebih berkuasalah Pak Menteri itu,” kata Pengerusi Partubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah

“Saya ingin mengambil contoh peranan SKMM; mengawal-selia pengendali rangkaian agar mematuhi undang-undang, kecuali hal pengurusan dan operasi pengendali rangkaian, lebih-lebih lagi yang melibatkan kepentingan pemegang saham syarikat.

” Gobind Singh Deo selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hanya mahu memastikan SKMM menjalankan fungsi dan peranannya untuk mengawalselia industri dan beliau tidak pernah mencampuri urusan syarikat syarikat industri seperti  Celcom, Digi, Maxis dan Umobile untuk melantik ahli ahli lembaga pengarah.”

Beliau yang juga Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah berkata demikian dalam satu kenyataan, hari ini

Beliau bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA),  Dato’ Haji Salahuddin bin Ayub dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP), Datuk Mazlan Aliman, sama ada  mereka faham apa LPP dan apa pula Pertubuhan Peladang (PP)?

“Ini kerana setakat ini mereka gagal membezakan antara agensi kerajaan dan pertubuhan yang  sahamnya dimiliki oleh ahli individu daripada luar bandar sekaligus PP dimiliki oleh pemilik-pemilik saham ini.

“Salahuddin dan Mazlan boleh dan bebas menempatkan semua penyokong mereka di LPP dengan menempatkan lebih ramai orang dari parti beliau berbanding  pemegang saham bagi menduduki ahli lembaga pengarah di setiap PPN.

“Sesungguhnya ini memperlihatkan niat serong beliau secara ketara ibarat Israel menakluk palestine. Amat jelas, Gobind jauh lebih bijak mentadbir organisasi berbanding Salahuddin”, tegasnya.-pr/BNN