Ralat: Gambar Ketua Pengarah LHDN

0
209
KOTA KINABULU: Merujuk kepada berita bertajuk “PPK KINABALU SAMBUT BAIK BELANJAWAN 2020” yang disiarkan oleh portal ini, hari ini, berlaku kesilapan pada gambar yang disiarkan.
Gambar yang disiarkan sebenarnya bukan Pengerusi PPK Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah, sebaliknya adalah Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (LHDN), Dato Sri Sabin Samitah.
Sabin merupakan adik kepada Jaimin yang juga Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah.
Pihak kami memohon maaf di atas kesilapan gambar ini.-pr/BNN