PPBM Tenom Bantu PH, PWS bukan sebaliknya-Rubin

0
1057
Bekas KAN Edward Sibin menyerahkan borang kpd Rubin utk menyertai PPBM.

TENOM: Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Sabah dan khususnya dikawasan luar bandar Tenom bertujuan untuk mengukuhkan kekuatan Pakatan harapan (PH) dan Parti Warisan yang berkuasa dinegeri ini dan bukan disebaliknya, kata Ketua Bahagian PPBM Tenom Datuk Rubin Balang.

Rubin menerima keahlian dari salah seorang penduduk mewakili Kg Pulong, Tenom.

Ini kerana ramai dikalangan yang belum berparti mahupun mereka yang telah meninggalkan parti mereka terdahulu meminta agar PPBM melebarkan sayapnya dikawasan disini untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat walaupun terpaksa bekerjasama dengan PH dan PWS, katanya.

Oleh itu, Rubin menegaskan bahawa kehadiran mereka tidak perlu diragui oleh mana mana pihak kerana PPBM tidak akan mempengaruhi atau membawa ahli daripada parti dalam komponen PH menyertai PPBM kecuali dari pembangkang yang ikhlas menyertai PPBM dan bukan bersyarat.

Rubin berkata, janji kami tidak akan berubah kerana kami mahu PH, PWS dan PPBM akan terus berdiri teguh memimpin negeri ini untuk memulihkan ekonomi, keharmonian dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran gabungan tiga cawangan PDM Lagud, PDM Melalap dan PDM Pamilaan yang diadakan diKg Mas Melalap baru baru ini.

Kelihatan Rubin menandatangani surat perlantikan 3 PDM Mukim Melalap.

Selain itu, ketua-ketua cawangan PPBM yang telah menerima sijil kelulusan pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bukan lagi berstatus penaja, katanya.

“ Sepatutnya saya telah pun bersara dalam politik selepas tewas pada PRU14 tetapi ramai rakan-rakan yang menghubungi saya melalui Whatsapp supaya saya bergiat terus dalam politik dengan alasan khidmat saya masih diperlukan.

“ Sehinga seorang Pensyarah menalipon untuk memberi sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan rakyat Tenom… maka disitu tergeraklah hati untuk beri sokongan kepada PPBM bertapak di Sabah.

“ Selang beberapa minggu selepas berbincang dengan pemimpin seperjuangan di Sabah dan saya pun memilih barisan baharu untuk menyandang jawatan AJK Penaja bahagian dimana pemimpinnya datang dari bekas pelbagai parti dan bukan hanya dari bekas Umno sahaja,” katanya.

Selain itu, Rubin turut menjelaskan bahawa kepimpinan bahagian hanya menjaga kebajikan para ahli parti PPBM berbeza semasa beliau menjadi wakil rakyat terdahulu, kerana tanggung jawab wakil rakyat adalah untuk semua rakyat wajib dilayani tanpa mengenal fahaman politik, katanya.

Bagaimanapun sekiranya rakyat teraniaya dan mereka datang minta perlindungan kita beri kerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi dan mengurangkan masalah yang mereka hadapi, tegas Rubin. -pr/BNN

Bekas KAN Edward Sibin menyerahkan borang kpd Rubin utk menyertai PPBM.