Majlis santai bukan politik-Aminah

0
201
Datuk Aminah Ambrose-Flickr
Datuk Aminah Ambrose-Flickr
KOTA KINABALU: Majlis santai “Kopi-Kopi” Ketua-Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian bukan perbincangan tentang halah tujuh perjuangan Wanita UMNO Sabah di masa akan datang.
Dalam majlis itu perkara ini tidak dibincangkan sebaliknya lebih kepada mengerat dan merapatkan hubungan sesama Ketua-Ketua Wanita selepas PRU 14.
Datuk Aminah Ambrose Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kudat dalam satu kenyataan akbar berkata  soal sokongan kepada mana-mana pihak dalam kepimpinan UMNO sekarang juga tidak disentuh atau dibincang lanjut.
“Justeru, soal Wanita UMNO Sabah atau Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Hajah Armani Datuk Haji Mahiruddin menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Haji Aman tidak berbangkit kerana perkara itu tidak dibincangkan dalam pertemuan itu,” tegas beliau.-pr/BNN