KENINGAU: Presiden MP Project, Moddy Patrick merakamkan ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia 2026 kepada semua wanita sebagai tanda penghargaan atas peranan besar mereka dalam membina keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut beliau, wanita merupakan tunjang kekuatan dalam pelbagai bidang kehidupan sama ada sebagai ibu, pemimpin, usahawan, pendidik mahupun penggerak pembangunan komuniti.

Katanya, sumbangan dan pengorbanan wanita amat besar dalam memastikan keharmonian keluarga serta kemajuan masyarakat.

“Kecekalan, ketabahan dan semangat wanita dalam menghadapi cabaran kehidupan wajar dihargai dan dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha memperkasakan wanita perlu terus diperkukuhkan melalui peluang pendidikan, ekonomi dan kepimpinan agar wanita dapat terus memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Menurutnya, sambutan Hari Wanita Sedunia harus menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk terus maju, berani melangkah ke hadapan serta mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Wanita bukan sekadar penyeri kehidupan, tetapi kekuatan yang membina masa depan keluarga, masyarakat dan negara.”-pr/BNN