Kepada pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang
1. Kami, Pengerusi daripada 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) bersama dengan AhIi-Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak mewaklili 171,000 ahli Peladang di seluruh Negeri Sarawak sebulat suara dan sepakat kata membantah pindaan peraturan-peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 yang telah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 April 2019 melalui warta Kerajaan Persekutuan pada 22 April 2019.
2. Bantahan terhadap pindaan tersebut adalah berlandaskan beberapa fakta berikut:
2.1 Pindaan tersebut adalah bertujuan lebih kepada ingin memperkukuhkan kepentingan politik daripada bertanggungjawab menjaga kepentingan dan hak pemegang saham Pertubuhan Peladang di seluruh Malaysia. Ini adalah terbukti dalam pindaan dimana pelantikan AJP oleh Menteri di peringkat Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan adalah lebih daripada AJP yang dipilih oleh perwakilan ahIi-ahli Peladang. Malah bilangan AJP dalam pindaan adalah lebih kecil daripada sebelum ini. Ini sudah pasti adalah lebih senang untuk Menteri campurtangan dalam urusan dan keputusan mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah berbanding dengan Ahli Jemaah Pengarah sebelum ini. Maka suara pemegang saham dalam Pertubuhan Peladang tidak akan didengar oleh Pendaftar dan Menteri berkenaan.
2.2 Pindaan ini adalah untuk memenuhi kehendak kepentingan politik dimana kepimpinan Kementerian Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang boleh dianggap menyalahguna kuasa tanpa mengira hak dan kepentingan pemegang saham. Pindaan ini juga tidak akan memulihkan Pertubuhan Peladang seperti yang telah dinyatakan oleh kepimpinan Kementerian dan Lembaga Pertubahan Peladang. Malah, pindaan ini akan lebih menjurus kepada memudaratkan Pertubuhan Peladang.
2.3 Mengenepikan kepentingan pemegang-pemegang saham untuk meningkatkan pendapatan melalui aktiviti Pertubuhan Peladang. Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani setakat ini telah membuat reformasi Peladang yang hanya memberi tumpuan khusus kepada peraturan-peraturan Perlembagaan yang tidak ada kaitan untuk membangunkan Pertubuhan Peladang. Pendaftar LPP nampaknya fokus kepada ingin menimbulkan masalah dan menyusahkan pemegang-pemegang saham dalam Pertubuhan Peladang melalui pindaan peraturan yang jelas akan memudaratkan pemegang saham.
2.4 Pendaftar Pertubuhan Peladang, sebagai pendaftar yang sepatutnya arif dengan peraturan perlembagaan, telah gagaI menasihati Menteri dan Pengerusi LPP supaya pindaan ini tidak boleh dibuat tanpa memikirkan kesan daripada pelaksanaannya, dimana hak dan kepentingan pemegang saham adalah yang utama. Kami hilang kepercayaan terhadap Ketua Pengarah LPP kerana tidak berwibawa dan tidak mengutamakan kepentingan pemegang saham dalam pertubuhan peladang seperti yang sepatutnya.
Dengan alasan-alasan tersebut diatas, kami daripada 28 Pengerusi PPK Sarawak dan AJP PPN Sarawak bersetuju keatas perkara-perkara seperti berikut;
(1) Sebulat suara menolak pelaksanaan PeraturanPeraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 melalui Warta Kerajaan Persekutuan pada 22 April 2019.
(2) Supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang membatal atau menarik balik pindaan tersebut dengan serta merta.
(3) Menangguhkan semua Mesyuarat Agung PPK di seluruh Sarawak dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak sehingga pindaan ini di batalkan oleh LPP dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dipersetujui Dan DITANDATANGANI oleh semua AJP PPN Sarawak Dan Pengerusi-Pengerusi 28 PPK di Sarawak.