BELURAN : Elverra Yotong dinobatkan sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Beluran 2019 yang diadakan di Balai Raya Kg Tangkarson, semalam.
Cik Citeer Moruntim Sarnis Simun dan Cik Edalyna Binti Jahiroh masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga.
Cik Cerry Ezia Julain pula dipilih sebagai “model of the year” bagi kawasan Zon Beluran.
Mereka masing-masing akan mewakili Beluran Bagi Johan, Tangkarason bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Paitan ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.
Bagi Mitarab Mindolongoi (Monurizak- pertandingan nyanyian) johan dimenangi oleh Encik Stefanus Nodbin Jr. Manakala Encik Helex Keuman@Pele Sumbing dan Cik Melka Angeli Judik masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Mereka juga masing-masing akan mewakili Beluran , Tangkarason dan Paitan ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib yang juga Ahli Majlis Tertinggi UPKO dan Presiden Takad Nabalu Sabah telah merasmikan majlis itu.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah(SAMORA) Encik Jose Modsinupu yang juga Pengerusi Magahau 2019, Encik Raidin Bin Rumantai (Pengerusi Pelaksana Pesta Magahau Zon Beluran 2019), Encik Jalil Atang (Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N. 39 Sugut, Encik Awang Bangis (Ketua Daerah Paitan), Encik Laif Okiun (Pegawai Yayasan Sabah Zon Pantai Timur), Encik Martin Makujim (CDO DUN N 1 Banggi), Encik Roslan Bin Jinal (Pemaju Mukim Paitan), Encik Mogak Majupi (Ketua Kampung Kg. Tangkarason), Puan Laini Masampon (Pejabat Bahagian Dun N. 39 Sugut), Puan. Rusnah Taton Pengerusi Persatuan Sandaya Paitan dan pemimpin masyarakat setempat.
Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).-pr/BNN